5 Perkara penting dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan YAB PM



Salam semua,


Baru sahaja YAB PM buat pengisytiharan berkaitan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ke seluruh Malaysia bermula 18 Mac- 31 Mac 2020.


Perintah Kawalan Pergerakan tersebut meliputi lima perkara seperti berikut:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara 
termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.


Bagi menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia

Sekatan dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baharu pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara


4. Penutupan semua insititusi pendidikan

Penutupan institusi dilakukan ke atas semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Selain itu, penutupan tersebut juga melibatkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

5. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta

Penutupan ini melibatkan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.


rujukan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-perintah-kawalan-pergerakan-meliputi-5-perkara-ini-233917

Post a Comment

Previous Post Next Post